Store

Wednesday 8 July 2009

Jamu mata dan lepas tu jamu selera dengan coklat dari NAQ Chocolate

Cadangan hiasan riben pada kotak.

Coklat dibungkus di dalam perlbagai jenis kotak seperti 2 biji, 3 biji, 4 biji dan 9 biji. Sesuai sebagai door gift untuk majlis perkahwinan, jamuan makan tahunan dan sebagainya. Bentuk, jenis coklat dan perisa coklat boleh dipilih.




Ini coklat putih dicampur biskut coklat hancur. Coklat bentuk bear ini sesuai untuk diberi pada kanak-kanak. Acara-acara seperti jamuan hari lahir, door gift semasa majlis perkahwinan, aqiqah, hari raya dan sebagainya. Pendek kata bila-bila masa dan siapa saja boleh menikmatinya.

Coklat bear ini boleh diletak dalam bekas plastik atau dicucuk dengan lidi dan dinamakan lollichoc (kalau gula-gula dipanggil lollipop).




Coklat susu berinti cocoa ganache. Oh, ya! Setiap coklat praline ini beratnya lebih kurang 11 gram sebiji.



Coklat susu berinti oren ganache




Coklat praline. Pelbagai bentuk dan perisa. Perisa yang terdapat ialah koko, kopi, oren, strawberi, nutty, pudina dan oreo. Coklat terdiri dari susu (milk), putih (white) dan hitam (dark).