Sunday, 29 November 2009
Food warmer untuk dijual. Sesuai untuk kegunaan homemade chocolate
***** Warmer Ada Stok Sekarang - 5/5/2010 *****
Saya mempunyai stok food warmer seperti di atas. Bersaiz 3 liter.
Harga ialah RM28.00 tidak termasuk belanja pos/penghantaran.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di 019-358 1025. Saya tinggal di Bandar Baru Bangi.
Monday, 9 November 2009
Wednesday, 4 November 2009
Idea Deko Coklat
Coklat DIY - 2
Mashmallow Choc
Mashmallow dicelup ke dalam coklat yang dah dicairkan. Lepas tu boleh dihias ikut suka hati.
Tuesday, 4 August 2009
Coklat DIY
Coklat DIY
Saya pasti ramai orang meminati coklat atau apa-apa makanan yang mengandungi coklat, terutamanya kanak-kanak. Di sini ada beberapa idea yang boleh dibuat sendiri oleh anda dan jangan lupa melibatkan sekali kanak-kanak (tak kira le anak ke, anak sedara, cucu dsbnya) di dalam pembuatannya. Yang penting bagi kanak-kanak ini ialah pengalaman praktikal.
1. Kiub Wafer Celup Coklat
Cairkan coklat, celup wafer ke dalam coklat tersebut dan menggunakan garfu untuk mengetos lebihan coklat. Hiaskan coklat tersebut dan sejukkan di dalam peti sejuk. Siap untuk dinikmati.
2. Cornflakes / Rice bubble Coklat.
Cairkan coklat dan masukkan cornflakes atau rice bubble sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk sehingga mendapat kepadatan yang disukai. Sudukan ke dalam cawan kertas yang comel-comel dan hiaskan. Letakkan di dalam peti sejuk. Siap, boleh makan dah.
Produk Mengguna Coklat
Produk Mengguna Coklat Untuk Tempahan Sepanjang Tahun
1. Almond Shortbread
Boleh dijadikan sebagai cenderahati pada musim perayaan, hidangan untuk para tetamu dan boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja seperti waktu minum teh petang. Almond shortbread ini berkhasiat kerana ia mengandungi badam dan tidak begitu manis.
Wednesday, 8 July 2009
Jamu mata dan lepas tu jamu selera dengan coklat dari NAQ Chocolate
Cadangan hiasan riben pada kotak.
Ini coklat putih dicampur biskut coklat hancur. Coklat bentuk bear ini sesuai untuk diberi pada kanak-kanak. Acara-acara seperti jamuan hari lahir, door gift semasa majlis perkahwinan, aqiqah, hari raya dan sebagainya. Pendek kata bila-bila masa dan siapa saja boleh menikmatinya.
Coklat dibungkus di dalam perlbagai jenis kotak seperti 2 biji, 3 biji, 4 biji dan 9 biji. Sesuai sebagai door gift untuk majlis perkahwinan, jamuan makan tahunan dan sebagainya. Bentuk, jenis coklat dan perisa coklat boleh dipilih.
Ini coklat putih dicampur biskut coklat hancur. Coklat bentuk bear ini sesuai untuk diberi pada kanak-kanak. Acara-acara seperti jamuan hari lahir, door gift semasa majlis perkahwinan, aqiqah, hari raya dan sebagainya. Pendek kata bila-bila masa dan siapa saja boleh menikmatinya.
Thursday, 25 June 2009
Cara dan Syarat Tempahan
Syarat Tempahan
1. Tempahan boleh dbuat secara telephone atau email. Minimum tempahan adalah RM50.00. Harga sebiji coklat ialah RM1.10 (tanpa kotak). Jika 500 biji dan ke atas RM0.90 sebiji.
2. Tempahan dibuat seminggu sebelum tarikh pengambilan. Jika tempahan sebagai door gift atau cenderahati dalam kuantiti yang besar (lebih dari 500 biji) sebaiknya 1 bulan sebelum tarikh pengambilan.
3. Pembayaran sebanyak 50% perlu dibuat sebagai jaminan tempahan. Maklumat akaun bank akan diberi kemudian. Baki bayaran dibuat semasa pengambilan.
4. Buat masa ini tiada perkhidmatan penghantaran dibuat. Walaubagaimanapun penghantaran di sekitar Bangi boleh diuruskan, insya Allah.
Sunday, 21 June 2009
Tuesday, 16 June 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)