Store

Tuesday, 4 August 2009

Coklat DIY

Coklat DIY

Saya pasti ramai orang meminati coklat atau apa-apa makanan yang mengandungi coklat, terutamanya kanak-kanak. Di sini ada beberapa idea yang boleh dibuat sendiri oleh anda dan jangan lupa melibatkan sekali kanak-kanak (tak kira le anak ke, anak sedara, cucu dsbnya) di dalam pembuatannya. Yang penting bagi kanak-kanak ini ialah pengalaman praktikal.

1. Kiub Wafer Celup Coklat
Cairkan coklat, celup wafer ke dalam coklat tersebut dan menggunakan garfu untuk mengetos lebihan coklat. Hiaskan coklat tersebut dan sejukkan di dalam peti sejuk. Siap untuk dinikmati.



2. Cornflakes / Rice bubble Coklat.
Cairkan coklat dan masukkan cornflakes atau rice bubble sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk sehingga mendapat kepadatan yang disukai. Sudukan ke dalam cawan kertas yang comel-comel dan hiaskan. Letakkan di dalam peti sejuk. Siap, boleh makan dah.

Produk Mengguna Coklat

Produk Mengguna Coklat Untuk Tempahan Sepanjang Tahun

1. Almond Shortbread
Boleh dijadikan sebagai cenderahati pada musim perayaan, hidangan untuk para tetamu dan boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja seperti waktu minum teh petang. Almond shortbread ini berkhasiat kerana ia mengandungi badam dan tidak begitu manis.

Dalam bekas 50 biji RM19.00. Bekas 100 biji RM38.00


2. Chocolate Moist Cake
Berukuran 9 inci dan berat dalam 1.3 kg. Topping chocolate ganache. Harga RM55.00.