Store

Tuesday, 12 October 2010

Marshmallow Twist

Boleh dapatkan marshmallow twist yang ada HALAL dari JAKIM seperti di atas di NAQ Chocolate. Harga RM5.00 untuk 100 gram (self collect). Jika pos minimum 1 kg harga RM50.00 (tidak termasuk belanja pos).

Sesiapa yang berminat boleh hubungi di 019-358 1025. Terima kasih.

Monday, 16 August 2010

Cenderahati Coklat Ikut Tema Warna

Terdapat 4 pilihan warna tema iaitu Hijau, Oren, Unggu dan Pink. Setiap bekas terdapat 24 biji coklat. Dengan 3 bentuk coklat.

  • Ros - coklat putih (white) di dalam kacang hazel
  • Love - coklat susu (milk) di dalam badam
  • Daun - coklat hitam (dark) di dalam kismis
*** Harga satu bekas RM23.00. Jika membeli 3 bekas harga RM63.00.







Di bawah ini adalah tempahan hantaran perkahwinan oleh En. Rafie dan Pn. Zenath. Katanya tema warna ialah unggu dan silver. Jadi saya selit warna unggu pada coklat dan silver pada papercup.

Wednesday, 21 July 2010

Coklat-coklat (2)






Coklat Oreo BolaCoklat Oreo dimasukkan ke dalam bekas dadih.

Lolli Choc Garden




Marshmallow Dip Into Chocolate


Gummy Marshmallow - mix flavor (*** Harap maaf. Gummy Marshmallow tiada stok. Diganti dengan Marshmallow Twist. Twist lebih kecil jadi harga kurang sedikit. ***)



Marshmallow Gummy dipotong dua
Dibungkus ke dalam bekas sushi

Coklat-coklat

ABC chocolate tiles - berat lebih kurang 4-5 gm setiap satu.



ABC chocolate tiles boleh dijadikan hiasan di atas cupcake.



Kotak Love Coklat - menggunakan dark chocolate.


Pelbagai Coklat Oreo

Wednesday, 5 May 2010

Food Warmer Untuk Dijual - Sesuai untuk HomeChoc




***** Warmer Ada Stok Sekarang - 5/5/2010 *****

Saya mempunyai stok food warmer seperti di atas. Bersaiz 3 liter.

Harga ialah RM28.00 tidak termasuk belanja pos/penghantaran.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di 019-358 1025. Saya tinggal di Bandar Baru Bangi.


Keistimewaan Food Warmer

Kegunaan warmer ini adalah untuk mengisi air panas bagi tujuan mencairkan coklat. Samada untuk 'tempering' atau supaya coklat tidak likat.

Tidak perlu berada di depan api dapur semasa 'double boil'. Warmer ini berpenutup, maka suhu air panas dapat dikekalkan. Menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu memanaskan air dengan kerap.

Bekas serbaguna ini boleh juga digunakan untuk menyimpan masakan anda seperti nasi goreng, roti canai, kuah spagethi(seperti rakan jiran saya Isma buat) dll supaya tidak cepat sejuk.


Stainless steel bowl sekurang-kurangnya berdiameter 18 cm.

Tuesday, 6 April 2010

Gianduja Praline Will Reach Your Home

Sebahagian dari coklat gianduja (hazelnut) untuk dijual. Sedia menerima tempahan.







Wednesday, 24 March 2010

Produk Terbaru dari NAQ Chocolate

Gianduja Cup


Kelongsong (shell) diperbuat dari coklat dan diisi gianduja ditengah. Boleh pilih hiasan di atas (mungkin ada caj tambahan).

P/S - Boleh dapatkan Hazelnut Paste dari NAQ Chocolate dengan harga RM24.00 utk 1/2 kg. Selagi stok masih ada.


Coklat Hello Kitty


Sesuai dijadikan cenderahati. Pilihan samada coklat hitam, susu atau putih. Berat setiap satu lebih kurang 55 g




Coklat Kad Ucapan

Boleh pilih jenis coklat. Coklat di atas adalah gabungan coklat susu dan coklat perisa oren. Terdapat kekacang di dalam.

Wednesday, 3 February 2010

Cara membalut coklat bar mini 1.5" x 3"

Ini adalah acuan coklat bar mini yang setiap satu berukuran lebih kurang 1.5 " x 3". Berat coklat lebih kurang 20gm.



1. Pembalut coklat/chocolate foil ini pula berukuran 3.75" x 3.75". Ada juga yang berbentuk segi empat tepat seperti berukuran 3.5" x 4.25". Terbalikkan coklat bar mini supaya permukaan hadapan coklat bar akan menghadap pembalut coklat.



2. Letakkan coklat di tengah. Secara mudah seimbangkan bahagian atas dan bawahnya. Begitu juga bagi pembalut segiempat tepat. Lipatkan sebelah kiri. Urut pembalut supaya benar-benar rata dengan sisi coklat (kemas).



3. Kemudian lipatkan sebelah kanan pula. Bagi pembalut segiempat sama, bucu bahagian kanan dan kiri akan berada di tengah. Jika pembalut segiempat tepat, 1 bucu akan sedikit ke atas dan bucu yang satu lagi sedikit ke bawah.



4. Seterusnya lipat bahagian atas.



5. Diikuti pula lipatan bahagian bawah. Jangan lupa memastikan urut pembalut supaya benar-benar rata dengan sisi coklat (kemas). Begitu juga dengan penjuru-penjurunya.



6. Terbalikkan coklat dan urut-urutkan pembalut supaya kemas.



Coklat-coklat yang telah siap dibalut dengan pembalut coklat/chocolate foil.