Humaira Book Store

Wednesday, 3 February 2010

Cara membalut coklat bar mini 1.5" x 3"

Ini adalah acuan coklat bar mini yang setiap satu berukuran lebih kurang 1.5 " x 3". Berat coklat lebih kurang 20gm.



1. Pembalut coklat/chocolate foil ini pula berukuran 3.75" x 3.75". Ada juga yang berbentuk segi empat tepat seperti berukuran 3.5" x 4.25". Terbalikkan coklat bar mini supaya permukaan hadapan coklat bar akan menghadap pembalut coklat.



2. Letakkan coklat di tengah. Secara mudah seimbangkan bahagian atas dan bawahnya. Begitu juga bagi pembalut segiempat tepat. Lipatkan sebelah kiri. Urut pembalut supaya benar-benar rata dengan sisi coklat (kemas).



3. Kemudian lipatkan sebelah kanan pula. Bagi pembalut segiempat sama, bucu bahagian kanan dan kiri akan berada di tengah. Jika pembalut segiempat tepat, 1 bucu akan sedikit ke atas dan bucu yang satu lagi sedikit ke bawah.



4. Seterusnya lipat bahagian atas.



5. Diikuti pula lipatan bahagian bawah. Jangan lupa memastikan urut pembalut supaya benar-benar rata dengan sisi coklat (kemas). Begitu juga dengan penjuru-penjurunya.



6. Terbalikkan coklat dan urut-urutkan pembalut supaya kemas.



Coklat-coklat yang telah siap dibalut dengan pembalut coklat/chocolate foil.

2 comments:

  1. emmm sedap coklat bar kan...

    ReplyDelete
  2. assalam..ada stok lg x foil kaler merah?
    from : ninisuriani@yahoo.com.my

    ReplyDelete